Sedikit info bagaimana cara2 yang sesuai untuk memperdayakan ikan.
udang:
untuk pancingan siakap, biasanya kita gunakan teknik casting jadi udang hendaklah dicangkut dibahagian ekornya tapi awas jangan terkena urat hitam yang memanjang ditengah ekor. kalau menggunakan udang hidup untuk pancing siakap kolam pula, udang dicangkut ditempat yang sama tapi gunakanlah udang pasir yang kulit keras kerana udang ini bila berenang ia menghala kebawah. Manakala umpan udang untuk pancingan laut dalam biasanya ketika arus cantik tidak laju udang dicangkut dibahagian tengkorak supaya tahan lama. cara untuk menyangkut dibahagian kepala ialah mula2 terbalikkan badan udang ke atas lepas tu belek kaki depan dan cari satu ruang yang lompong hingga menampakkan tengkorak udang. masukkan mata dalam ruang itu tanpa mengenai anggota udang dan tembuskan tengkorak bersebelahan tombak udang tersebut. dengan cara ini udang boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama. keadaan ini lebih efektif kerana selalunya ikan akan menyerang udang dari tombaknya.
Ikan hidup:
untuk pancingan kolam ikan dicangkut pada bahagian ekor supaya ia lebih agresif. untuk pancingan laut cetek sekiranya arus lembut teknik ini juga boleh digunakan tapi sekiranya arus laju ikan hendaklah dicangkutkan dengan dua mata. satunya mata kecil untuk dicangkutkan ke lubang hidung dan satu lagi besar sikit dicangkutkan dibelakang sirip atas. tapi sekiranya arus terlalu deras, mata kecil hendaklah dicangkut pada mulut dari bawah dagu ke atas. kedudukan kepala ikan hendaklah menghadap arus kalau sebaliknya ia akan cepat mati.
Ikan mati:
untuk pancingan kolam hendaklah dicangkut pada tengkorak dari dalam mulut. untuk laut dalam kita boleh gunakan teknik tunggeng iaitu dengan memotong ekor cucuk dari belakang, tembuskan dan cucuk pancing ditengah badan ikan belakang sirip renang. teknik belah ikan dari kedua dua belah sampai kepala tapi jangan putuskan. potong dan buang tulang tengah ikan. cangkutkan kail pada mulut, tembuskan dan cucuk kat belakang kepala. cara ini digunakan bila laut berarus. ia akan menghasilkan bunyi bila kedua bahagian bertepuk bila kena arus. cara seterusnya ialah teknik terkulai. caranya ialah potong sebelah ikan dari sirip renang sampai ke tulang tengah dan patahkan tulang supaya kepala ikan seakan terkulai. cangkutkan pancing pada bahagian ekor yang telah dipotong. dengan cara begini kepala ikan akan bergerak ke kiri ke kanan bila kena arus.
hanya ini sajalah serba sikit dapat kawan berikan sebagai sekilas info. kalau nak lebih lengkap jomlah kita sama2 beraksi........dari pengalaman dan info dari tekong. kawan berikan sedikit info tentang umpan kegemaran ikan;
1. Tenggiri
a) ikan kacang - umpan yang paling efektif dalam semua keadaan
b) ikan kembong - umpan yang efektif semasa hidup
c) ikan selar - umpan ini efektif kerana aktif sama dgn kembong
d) ikan tongkol - biasanya dijadikan umpan untuk pancingan malam
2. Jenahak
a) anak sotong kurita - umpan ini dipercayai yang terbaik untuknya
b) ikan belalang hidup - umpan ini juga kesukaan jenahak
c) udang kara - sama dengan ikan belalang
d) sotong comet hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan malam
e) ikan selar dan kembong hidup - umpan ini sesuai untuk jenahak besar
f) hirisan ikan tongkol - sesuai ketika masih berdarah.
3. Ebek
a) udang hidup - umpan ini sesuai untuk ebek kapal karam.
b) ikan hidup - umpan ini sesuai untuk ebek karang.
c) hirisan ikan - juga sesuai tapi bukan di laut sedili.
4. GT besar sedili
a) ikan mengkirung - umpan ini selalu digunakan nelayan tempatan
b) ikan selar - sesuai untuk pancingan dikapal karam.
5. Haruan tasek
a) ikan hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan midwater
b) ikan mati - umpan ini pula sesuai untuk pancingan bottom
c) potongan ikan - umpan ini boleh digunakan sekiranya tiada umpan hidup
6. Ketarap
a) ketam bakau - umpan ini sesuai dikawasan berbatu tepian pantai
b) udang kara - seperti diatas
c) hirisan sotong - umpan ini sesuai untuk pancingan laut dalam
7. Gemang
a) ruat2 bakau - umpan yang paling mujarab
b) udang mati - umpan berbau lebih bagus
c) sotong pasar - sama dengan udang
d) belangkas bakar - biasanya untuk umpan rawai gemang.
8. Kurau
a) anak cabuk - sangat sesuai ketika masih berkilat
b) ikan tamban - juga kerana sisik yang berkilat
c) ikan kembong -sama dengan diatas
d) udang hidup - sesuai digunakan di kawasan berhampiran laut.
9. Pari
a) ikan tamban tiram - sangat berkesan terutamanya disebelah kong2
b) udang hidup & mati - sesuai untuk pancingan malam
c) ikan hidup dan mati - sesuai untuk pancingan siang
10) Layaran
a) ikan hidup spt tamban, selar, kembong dan selayang
b) popper juga berkesan untuk spesis ini.
c) sotong juga boleh digunakan.
selamat mencuba.....
Tuesday, January 13, 2009
umpan-umpanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment