Tuesday, January 27, 2009

Penjagaan alatan memancing

Bebaskan Palestin!

Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuri' masa sewaktu balik dari aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. Mungkin tidak semestinya sebaik saja sampai di rumah kerana biasalah…keletihan selepas trip memancing , tapi inilah masa terbaik sebelum air masin atau sebarang benda asing yang lain meresap ke dalam bahagian peralatan atau sebelum ianya kering dan melekat pada peralatan. Paling senang yang ramai pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan kekili selepas memancing.

Kekili

Pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum membilas denganair. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pada bahagian tertentu. Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.

Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh , bahagian dalam gegelung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu. Sekiranya tiada WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak, minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin mahupun tawar.

Joran

Joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik , namun saya biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap! Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasi yang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.


Mata kail

Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah digunakan bersama- sama mata kail baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail yang lain terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang saja. Bagi mata kail yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan kikir halus ( handfile) dan asah saja bahagian depan. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukan adalah tidak menentu. Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata kail tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Saya lebih gemar menggunakan mata kail Gamakatsu yang tahan lasak serta tahan karat. Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik berlipat ganda. Terus terang saya katakan , harga mata kail memang mahal , sebentuk mata kail sampai mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya kita kena bijak menggunakannya.

Peralatan Sampingan

Kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat , ia hendaklah dicuci setiap kali memancing dan gunakan WD- 40. Sembur pada bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau lancar pergerakkannya , barulah boleh simpan untuk trip akan datang. Untuk playar jenis logam tahan karat (stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian tengah bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja alatan yang digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci. Sama juga kotak pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada di dalam dan bersihkan ia terutama kesan karat yang ada dalam kotak- kotak kecil di dalamnya.

Wednesday, January 21, 2009

Cara menyimpan umpun2

Bebaskan Palestin!




Jumaat lepas saya membeli beberapa ekor umpun2 semasa pergi kuantan. kat sini tak ada jual umpun2. nak cari sendiri tak reti pulak. malas nak redah lumpur paya bakau ni pun ye juga Smiley disebabkan saya nak guna weekend ni terpaksalah saya simpan umpun2. kira trial and error je. saya letakkan umpun2 tu dalam baldi kecil dan tambah lumpur yg ada. lumpur saya ambil dari sg dekat ni je. baldi tersebut saya letak kat dlm bilik air (lembab sikit). alhamdulillah sehingga hari ni umpun2 tu segar bugar je. untuk makanan saya berikan sedikit oat meal (yg dah talarat nak makan tu la). sikit je dah cukup. nampaknya mana yg saya beri memang habis kena belasah.

kesimpulannya umpun2 boleh disimpan dlm waktu yg lama dan tak susah pun. ternak tu tak tau lah pulak. ada sesiapa pernah mencuba ?

Monday, January 19, 2009

Tip memancing

Tip dan Kaedah Pancingan Tenggiri.
Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.

Arus mati.

Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.

Arus perlahan.

Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.

Arus deras.

Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.

Hook Up:

hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kengkawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.

tentang kaedah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.

spot 1:
Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.

spot 2:
merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.

spot 3:
spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.

spot 4:
spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan spesis tenggiri.

spot 5:
spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.

kaedah untuk spot 1:
semua keadah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja, rentaplah terus naikan ke atas bot. sekiranya inginkan keseronokan memancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.

kaedah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik dan perambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan di kala permulaan spesis ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.

kaedah spot 3:
di spot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan kaedah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.

kaedah spot 4:
di sini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan kaedah trolling.

kaedah spot 5:
di sini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri dengan keadah floating disamping pancing bottom untuk spesis lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada spesis lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.

Perhatian:
spesis tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.

Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)

teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan kaedah pancing yang kita gunakan.

1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb kaedah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.

2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.

selamat mencuba...........

Tuesday, January 13, 2009

umpan-umpanan

Sedikit info bagaimana cara2 yang sesuai untuk memperdayakan ikan.

udang:
untuk pancingan siakap, biasanya kita gunakan teknik casting jadi udang hendaklah dicangkut dibahagian ekornya tapi awas jangan terkena urat hitam yang memanjang ditengah ekor. kalau menggunakan udang hidup untuk pancing siakap kolam pula, udang dicangkut ditempat yang sama tapi gunakanlah udang pasir yang kulit keras kerana udang ini bila berenang ia menghala kebawah. Manakala umpan udang untuk pancingan laut dalam biasanya ketika arus cantik tidak laju udang dicangkut dibahagian tengkorak supaya tahan lama. cara untuk menyangkut dibahagian kepala ialah mula2 terbalikkan badan udang ke atas lepas tu belek kaki depan dan cari satu ruang yang lompong hingga menampakkan tengkorak udang. masukkan mata dalam ruang itu tanpa mengenai anggota udang dan tembuskan tengkorak bersebelahan tombak udang tersebut. dengan cara ini udang boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama. keadaan ini lebih efektif kerana selalunya ikan akan menyerang udang dari tombaknya.

Ikan hidup:
untuk pancingan kolam ikan dicangkut pada bahagian ekor supaya ia lebih agresif. untuk pancingan laut cetek sekiranya arus lembut teknik ini juga boleh digunakan tapi sekiranya arus laju ikan hendaklah dicangkutkan dengan dua mata. satunya mata kecil untuk dicangkutkan ke lubang hidung dan satu lagi besar sikit dicangkutkan dibelakang sirip atas. tapi sekiranya arus terlalu deras, mata kecil hendaklah dicangkut pada mulut dari bawah dagu ke atas. kedudukan kepala ikan hendaklah menghadap arus kalau sebaliknya ia akan cepat mati.

Ikan mati:
untuk pancingan kolam hendaklah dicangkut pada tengkorak dari dalam mulut. untuk laut dalam kita boleh gunakan teknik tunggeng iaitu dengan memotong ekor cucuk dari belakang, tembuskan dan cucuk pancing ditengah badan ikan belakang sirip renang. teknik belah ikan dari kedua dua belah sampai kepala tapi jangan putuskan. potong dan buang tulang tengah ikan. cangkutkan kail pada mulut, tembuskan dan cucuk kat belakang kepala. cara ini digunakan bila laut berarus. ia akan menghasilkan bunyi bila kedua bahagian bertepuk bila kena arus. cara seterusnya ialah teknik terkulai. caranya ialah potong sebelah ikan dari sirip renang sampai ke tulang tengah dan patahkan tulang supaya kepala ikan seakan terkulai. cangkutkan pancing pada bahagian ekor yang telah dipotong. dengan cara begini kepala ikan akan bergerak ke kiri ke kanan bila kena arus.
hanya ini sajalah serba sikit dapat kawan berikan sebagai sekilas info. kalau nak lebih lengkap jomlah kita sama2 beraksi........dari pengalaman dan info dari tekong. kawan berikan sedikit info tentang umpan kegemaran ikan;

1. Tenggiri
a) ikan kacang - umpan yang paling efektif dalam semua keadaan
b) ikan kembong - umpan yang efektif semasa hidup
c) ikan selar - umpan ini efektif kerana aktif sama dgn kembong
d) ikan tongkol - biasanya dijadikan umpan untuk pancingan malam

2. Jenahak
a) anak sotong kurita - umpan ini dipercayai yang terbaik untuknya
b) ikan belalang hidup - umpan ini juga kesukaan jenahak
c) udang kara - sama dengan ikan belalang
d) sotong comet hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan malam
e) ikan selar dan kembong hidup - umpan ini sesuai untuk jenahak besar
f) hirisan ikan tongkol - sesuai ketika masih berdarah.

3. Ebek
a) udang hidup - umpan ini sesuai untuk ebek kapal karam.
b) ikan hidup - umpan ini sesuai untuk ebek karang.
c) hirisan ikan - juga sesuai tapi bukan di laut sedili.

4. GT besar sedili
a) ikan mengkirung - umpan ini selalu digunakan nelayan tempatan
b) ikan selar - sesuai untuk pancingan dikapal karam.

5. Haruan tasek
a) ikan hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan midwater
b) ikan mati - umpan ini pula sesuai untuk pancingan bottom
c) potongan ikan - umpan ini boleh digunakan sekiranya tiada umpan hidup

6. Ketarap
a) ketam bakau - umpan ini sesuai dikawasan berbatu tepian pantai
b) udang kara - seperti diatas
c) hirisan sotong - umpan ini sesuai untuk pancingan laut dalam

7. Gemang
a) ruat2 bakau - umpan yang paling mujarab
b) udang mati - umpan berbau lebih bagus
c) sotong pasar - sama dengan udang
d) belangkas bakar - biasanya untuk umpan rawai gemang.

8. Kurau
a) anak cabuk - sangat sesuai ketika masih berkilat
b) ikan tamban - juga kerana sisik yang berkilat
c) ikan kembong -sama dengan diatas
d) udang hidup - sesuai digunakan di kawasan berhampiran laut.

9. Pari
a) ikan tamban tiram - sangat berkesan terutamanya disebelah kong2
b) udang hidup & mati - sesuai untuk pancingan malam
c) ikan hidup dan mati - sesuai untuk pancingan siang

10) Layaran
a) ikan hidup spt tamban, selar, kembong dan selayang
b) popper juga berkesan untuk spesis ini.
c) sotong juga boleh digunakan.

selamat mencuba.....

Tuesday, January 6, 2009

kisah ikan Jepun


Mungkin ada yang sudah tahu dan dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji. Orang-orang di jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka. Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut. Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan. Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie) Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai “consultant” kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan? Anda nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya? Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut. Dan anda nak tahu apa berlaku? Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar. ==================Pengajarannya================== Kita perlukan “jerung” di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih “hidup” , “segar” dan “enak”. Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi “bosan” dan “biasa-biasa” sahaja.Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang anda hadapi di dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan anda lebih bertenaga dan lebih berjaya. P/s:- Jika anda inginkan sedikit motivasi untuk memulakan perniagaan internet anda, bayangkan hari ini, anda dipecat dan dibuang kerja. Jika anda boleh membayangkannya, pasti anda akan dapat menyelami, bagaimana perasaan menjadi seekor ikan kecil yang ditangkap dan dikurung bersama-sama ikan jerung di dalam sebuah tangki air yang kecil. Fuh~~~ gerun seh… Anyway, seperti yang pernah saya nyatakan, cuba kuasai punca pendapatan anda sebanyak mungkin.

Monday, January 5, 2009

anda mabuk laut ? Try test.....



PETUA – MABUK LAUT ( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

Bot yang terer..








Baru baru ini saya berkesempatan memancing di kapal karam Rusia Penang. Mulanya saya kurang berminat memancing di kapal karam in kerana berdasarkan pengalaman saya yang lalu dimana ikan di kawasan tersebut telah berkurangan. Ini disebabkan kawasan tersebut selalu menjadi sasaran pukat tarik dan sering terjadi kerapkali sangkut pukat pada mata kail yang di tarik . Tetapi kali ini saya ingin membicarakan tentang jenis bot bukanya hasil pancing.Bot yang kami naiki di Teluk Bahang adalah bot memancing dengan keluasanya yang sesuai untuk memuatkan 10 orang pemancing. Tetapi pada pandangan saya bot tersebut berlunas U dimana kedudukan bot beroleng tanpa henti bila laut bergelora ini berbeza dengan bot yang berlunas V dimana ia kurang beroleng apabila laut bergelora.Ini berbeza dengan bot yang kami naiki di Pak Bara ,Thailand dimana bot tetap stabil walaupun laut bergelora, ini kerana bot Thailand berlunas V serta Bersayap dimana sayap tersebut di buat untuk mengimbangi bot supaya tidak beroleng apabila laut bergelora.

 

blogger templates | Make Money Online